Saturday, February 19, 2011

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM


Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Tahun: 2002 (cetakan kesebelas)
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Muka Surat: 612

Buku tebal ini boleh dianggap sebagai ensiklopedia dalam pendidikan anak-anak menurut acuan Islam. Penulis buku, Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang pakar dan pensyarah pengajian Islam di Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah. Beliau mengupas hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak dari pelbagai sudut kehidupan.

Pendidikan anak-anak dalam Islam jilid satu terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama mengenengahkan empat bab yang menyentuh tentang perkahwinan misali, perasaan naluri terhadap anak-anak, hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan anak-anak yang baru dilahirkan dan penyelewengan yang terjadi dalam proses membesarkan anak-anak. .

Bahagian kedua pula mengandungi enam bab yang berbicara tentang tanggungjawab mendidik dalam soal keimanan, pendidikan moral, jasmani, perkembangan mental, rohani dan sosial. Kebanyakan huraian berkisar dalam bentuk membina tabiat dan adab sama ada dalam keluarga atau majlis keramaian.

Perbahasan yang sangat luas, menyeluruh dan mencakupi segala aspek pendidikan menjadikan buku ini sangat istimewa. Setiap isu diperkukuhkan dengan al-quran dan hadis yang menepati maksud isu berkaitan.

Setiap rumah tangga muslim wajar memiliki buku ini kerana ia menerangkan dasar-dasar yang utama dalam cara pendidikan yang teguh bagi anak-anak serta menyediakan mereka sebagai anggota yang baik di dalam kehidupan, juga sebagai masyarakat yang kuat bagi membentengi Islam

No comments: